14 August 2014

Insan yang lebih baik; Adi Syukri Bin Salleh

Saya sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapaku ingin menjadi seorang anak yang mendengar nasihat dan memikul amanah sebagai seorang lelaki. Saya juga ingin membalas jasa mereka yang telah menjaga saya dari kecil hingga sekarang dan saya akan menjaga mereka walau dalam keadaan macam mana pun sehinggalah mereka menghembus nafas yang terakhir. Saya juga akan membawa mereka menunaikan ibadat Haji jika saya sudah berpendapatan banyak sebagai membalas budi mereka yang telah menyekolahkan saya,membeli makan minum saya sejak dari kecil lagi.

Saya sebagai seorang manusia di muka bumi ini ingin menjaga alam di sekitar saya untuk kesejahteraan hidup. Saya juga ingin memelihara alam semula jadi daripada pencemaran supaya spesis-spesis alam boleh hidup dengan kekal.

Saya sebagai seorang pelajar di Smk Normah ingin menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Saya akan mengutip sampah jika saya terserempak dengan sampah yang bertaburan di suatu tempat. Saya juga ingin menceriakan sekolah dengan menghias persekitaran sekolah dan kelas tingkatan. Saya juga akan memastikan kelas saya sendiri juga bersih setiap hari dan ceria.

Saya sebagai seorang murid kepada guru-guru akan menurut perintah dan arahan guru-guru. Saya juga akan melakukan perkara-perkara yang diarahkan dengan penuh tanggungjawab. Saya ingin membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam macam mana keadaan pun.

Saya sebagai seorang muslim akan tetap melakukan suruhan Allah Swt dan meninggalkan larangan-Nya. Saya juga sentiasa menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,berpuasa di bulan Ramadan. Saya juga akan menyedekahkan wang amal kepada Masjid dan surau. Saya amat berharap apabila saya sudah mendapat pekerjaan yang bagus dan kewangan yang banyak,saya ingin mengubahsuai Masjid menjadi lebih besar tapaknya. Saya juga akan sentiasa memaafkan perbuatan orang lain yang mereka lakukan kepada saya setiap hari. Saya juga akan mendoakan kesejahteraan hidup semua orang di sekelilingku.

Saya sebagai seorang rakan kepada rakan saya akan menegur kesilapan rakan saya jika rakan saya tidak menyedari apa yang dia lakukan adalah salah. Saya juga ingin membawa rakan saya ke jalan yang benar bagi yang terpesong. Saya juga ingin membantu rakan saya yang memerlukan bantuan mahupun susah dan senang.

Saya sebagai seorang orang awam. Saya akan menjaga penampilan diri sebagai rakyat Malaysia. Saya ingin membantu orang lain yang memerlukan bantuan seperti pelancong-pelancong atau orang yang berhijrah dari tempat yang jauh yang menanyakan arah tuju mereka. Saya juga ingin membantu orang yang mengangkat barang berat dengan meringankan bebannya. Saya juga ingin memberi khidmat-khidmat yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri kita dan orang lain.

Saya sebagai seorang abang kepada adik saya. Saya ingin membantu adik saya dalam bidang akademik dan apa yang susah dilaluinya. Saya juga akan memberi
sokongan penuh kepada adik saya walau dalam apa jua aktiviti sekolah. Saya juga akan jaga adik saya apabila ibu bapa saya tidak ada di sisi kami.

Saya sebagai seorang lelaki. Saya ingin membantu perempuan yang memerlukan bantuan seperti kerja berat yang tidak boleh dilakukan oleh perempuan. Saya juga ingin membantu bapa saya melalukan kerja berat bagi meringankan beban ayah saya dan mempercepatkan kerja. Saya juga ingin membantu dalam aktiviti luar seperti membersihkan masjid,bergotong royong dalam sungai dan sebagainya untuk mengeratkan silaturahim.

Saya sebagai seorang pekerja. Saya ingin menjadi seorang pekerja yang lebih bertanggungjawab dan melakukan kerja dengan jujur. Saya juga ingin meningkatkan prestasi kerja saya dalam sesuatu bidang dan syarikat. Saya juga akan bekerjasama dengan pekerja lain dalam membangunkan mutu dalam suatu bidang ataupun syarikat. Saya akan memegang amanah yang diberikan majikan ataupun tuan saya dengan rasa senang hati.

Saya sebagai seorang bakal suami. Saya ingin menjaga isteri saya dan ajar isteri saya tentang agama. Saya juga ingin mempunyai keluarga yang sederhana dan membahagiakan isteri saya. Saya juga akan memberi kasih sayang kepada isteri saya. Saya akan melindung isteri saya walau apa pun situasi. Saya juga akan memenuhi permintaan isteri saya dengan tangan yang terbuka. Saya juga ingin menjadi Imam kepada isteri saya kelak. Saya juga ingin menjadi suami yang tersayang oleh isteri saya. Saya juga akan ajar isteri saya memasak dalam semua resipi untuk menambah ilmu. Saya juga akan memberi nasihat yang berguna kepada isteri saya untuk kegunaannya sendiri. Saya juga akan menegur kesilapan isteri saya.

Kesimpulannya,saya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sekarang. Saya juga akan sentiasa mengingati Allah SWT walaupun di mana saya berada dan waktu.

(ADI SYUKRI BIN SALLEH, 6BB PRA U SMK TPDPH NORMAH 2014)

Sebarang komen dialu-alukan namun biarlah bersopan.

No comments: