Setiap individu
mempunyai kebaikan masing-masing. Pada masa kini, ramai individu cuba memaksa
diri mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dengan menggunakan cara memaksa diri,
mereka dapat mencapai matlamat mereka. Namun, mereka kurang menilai apabila matlamat
itu tercapai. Sebagai manusia dan sebagai hamba Allah, kita tidak boleh
menentang fitrah. Jadi, persoalannya, bagaimana untuk mencapai matlamat menjadi
insan yang lebih baik.
Menerusi jawapan yang
pertama, untuk menjadi insan yang lebih baik kita mestilah berdoa kepada Yang
Maha Esa untuk menguatkan kekuatan iman agar tidak terpedaya dengan hasutan
segala unsur kejahatan yang dapat mempengaruhi jiwa kita. Contohnya, apabila
kita berniat untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T, kita mestilah
cepat-cepat menadah tangan untuk berdoa kepada-Nya agar menghindarkan diri
daripada melakukan perkara yang tidak baik. Dalam agama Islam, doa adalah
senjata utama kepada umat Islam. Jadi, dapat kita lihat doa merupakan cara
pertama dan utama dalam mencapai sesuatu matlamat terutamanya untuk menjadi
insan yang lebih baik.
Selain itu, cara kedua
untuk menjadi insan yang lebih baik ialah melalui usaha. Tanamkan sifat suka
berusaha untuk mencapai sesuatu dalam diri. Melalui usaha kita boleh mengajar
diri kita untuk menjadi seorang yang dapat menghargai sesuatu yang kita
usahakan. Contohnya, kita bertekad untuk mengubah diri kita menjadi seorang
yang kurang baik kepada lebih baik, dalam mencapai target, kita mestilah sabar
dalam menjalani proses untuk mencapai usaha kita. Apabila sudah tercapai kita
juga boleh melatih diri kita untuk menghargai usaha yang kita lakukan. Maka,
dengan berusaha kita boleh mencapai matlamat kita dengan syarat kita mesti
sabar dan sentiasa menghargai atas usaha yang kita lakukan.
Seterusnya cara yang
ketiga dapat kita guna adalah tanamkan sifat suka kepada benda-benda yang
positif. Perumpamaan, buang yang keruh ambil yang jernih dapat kita sematkan
dalam diri kita. Hal ini demikian, apabila kita mengingati kepada sesuatu yang
positif kita janganlah mengingati sesuatu benda yang negatif atau kata mudahnya
tidak baik. Contohnya, apabila kita sudah berusaha untuk menjadi yang lebih
baik, tetapi kita berfikir bahawa usaha kita akan sia-sia. Perkara itu
merupakan perkara yang kurang elok sekiranya kita bermatlamat untuk menjadi
insan yang lebih baik. Maka, fikirlah perkara-perkara yang positif untuk
mencapai sesuatu matlamat yang kita usahakan.
Di samping itu, cara
keempat yang dapat kita guna ialah mencari jalan penyelesaian atau berikhtiar
untuk berubah. Bukan mudah untuk mencapai matlamat lebih lagi matlamat tersebut
adalah untuk menjadi insan yang lebih baik. Jadi, untuk mencapai matlamat
berikhtiarlah bahawa kita ingin berubah. Tanamkan sifat bertekad dan berazam
dalam diri supaya dapat mencapai matlamat kita. Maka, dengan berazam atau
berikhtiar pastinya matlamat kita akan Berjaya kita tunaikan.
Akhir sekali, cara
kelima yang dapat kita guna ialah dengan bertawakal dan berserah kepada yang
menentukannya. Kita hanya dapat merancang, tetapi yang menentukannya adalah
Tuhan. Jadi, tidak hairanlah apabila usaha pertama kita iaitu berdoa, usaha
kedua; berusaha, usaha ketiga; berikhtiar, usaha keempat; berfikir positif
dapat kita amalkan sepastinya, matlamat kita untuk menjadi insan yang lebih
baik akan tercapai. Dan usaha terakhir adalah berserah sepenuhnya kepada
penentu atas usaha yang kita lakukan.
Natijahnya, untuk
menjadi insan yang lebih baik, sifat berfikir terbuka menjurus kepada berfikir
perkara positif atau perkara yang lebih baik merupakan sifat utama kepada
seseorang dalam mencapai matlamat dalam diri kita.
(MASLINDA BINTI IFANDI, 6BB
PRA U SMK TPDPH NORMAH 2014)
Sebarang komen dialu-alukan namun biarlah bersopan.
No comments:
Post a Comment