Mataku terbuka luas memandang ke pantai. Telingaku
mendengar gelora pandai yang indah dan
bunyi burung yang berkicauan merdu. Lantas otakku pun melayang jauh akibat
memikirkan satu perkara yang aneh berlaku pada diriku semasa diriku terbaring
koma di atas sebuah katil.Perkara yang aku alami semasa komaku sungguh membuat
diriku takut dan memberikan aku
keinsafan yang berpanjangan dalam hidup ku.
Dahulu aku seorang yang selalu meninggalkan solat lama waktu dengan
kesengajaanku. Bahkan solat sunat seperti solat jumaat pun selalu ak
tinggalkan.Ayah dan ibuku selalu meminta diriku untuk mendirikan solat tepat
pada waktunya,tetapi aku membuat muka selamber
sahaja lalu aku memberi satu alasan supaya aku boleh melarikan diri daripada
mendengar ceramah ayah dan ibuku.Sedang aku melarikan diri ke dalam
bilikku,tiba-tiba telefonku berbunyi”kring…kring…kring…!”(dengan nada dering
yang kuat sekali).Lalu aku mengangkat panggilan itu dan orang itu berkata”hello
bro…malam ini ada game kat jalan batu 14..macam mana bro ? awak datang tak ?
“.Dan aku pun menjawab begini”wow…ok bro,malam ini saya dating”.Pada malam
itu,aku bergegas mengambil kunci motorku tanpa mempedulikan azan yang
menandakan waktu isya’ telah pun masuk lalu aku menghidupkan enjin motorku dan
memecut laju motorku ke tempat perlumbaan yang dijanjinya itu.Semasa dalam
perjalanan ke tempat perlumbaan itu dengan kelajuan motorku yang agak
pantas,tiba-tiba kenderaanku hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta.
Selepas kemalangan itu,aku cuba membuka
mataku perlahan-lahan dan aku pun terkejut kerana setelah aku membuka
mataku,tiada satupun cahaya yang aku lihat.Dan dalam masa yang sama,tubuhku pun
tidak boleh digerakkan.semasa aku mencari sinar dalam keadaan yang gelap gelita
itu,lantas dua bintik merah menghampiriku.Bintik tersebut berbentuk
mata.Jantungku penuh debaran saat bintik mera itu menghampiriku dengan semakin
dekat.Lantas tiba-tiba keluar suara yang amat kuat umpama bunyi guruh dilangit
sehingga menyebabkan seluruh tubuhku gementar dan terpaku serta hatiku pun
turut berasa amat takut dengan suara itu.Suara itu berkata”siapakah nama
Tuhanmu?Siapakah ikutanmu?Dan Apakah pegangan kamu?”Dengan bibir yang gementar ,lalu
aku menjawab”aku tidak tahu”.Sekali sahaja aku menjawab tidak kepadanya,aku
dipukul menggunakan rotan yang sangat besar sehingga menyebabkan seluruh isi
tubuhku terasa ingin berkecai.Aku disoal sebanyak tiga kali dengan soalan yang
sama.TUbuhku juga dihimpit oleh tanah sehingga menyebabkan aku merasa seluruh
tulang rusukku rasa ingin berkecai.Masya Allah,sakitnya masa itu.
Selepas itu,aku dihantar ke padang
mahsyar.Di situ,segala amalanku didunia ditunjukkan kepadaku dan tidak
tertinggal sesaat pun.Semasa berada di padang mahsyar yang sangat luas
itu,matahari berada sejengkal dari atas kepalaku.Aku berasa sangat panas sekali
sehingga peluh-peluh yang keluar dari tubuhku seumpama aku tengah mandi air
peluhku sendiri.SEmasa diperhitungkan segala amalan aku didunia,tiba-tiba aku
menerima buku amalanku di sebelah tangan kiriku.Aku pun terkejut lalu aku
dibawa ke sebuah tempat yang sangat
panas sekali.Adakah ini neraka yang diceritakan didunia?
Ketika aku berada dihadapan pintu neraka
itu,keseluruhan tubuh badanku bergementar.Kemudian aku dihumban ke dalam api
neraka yang sangat panas sekali.Disitu air minuman cumalah air berdarah dan
bernanah.Aku disiksa berkali-kali sehingga menyebabakan seluruh isi tubuhku
berkecai dan disatukan semula diulang siksa itu tadi.Aku disiksa tanpa
berhenti.Aku pun tidak henti-henti menjerit kesakitan.
Semasa aku menjerit,tiba-tiba suasana
bertukar.Aku terkejut aku berada diatas katil.Jeritan aku tadi telah
mengejutkan orang yang berada di sekelilingku.Ibuku pun terus memeluk
tubuhku.Aku bertanya kepada ibuku,”ibu,di mana aku sekarang”.Dengan tenang
ibuku menjawab”Nak,awak berada di dalam hospital sekarang.Tiga bulan yang lalu
awak terlibat dalam satu kemalangan .Awak dihantar ke hospital ini.selepas
kemalangan itu,awak koma sehingalah ke hari ini awk sedar dan telah masuk bulan
yang ke tiga awk koma”ibu meenitiskan air matanya keranasangat gembira aku
tersedar daripada koma yang agak lama.Sejak hari itu,aku selalu menjaga solat
lima waktu sehar semalam.Aku juga menambahkan amalan kebajikanku dengan
melakukan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
Tiba-tiba bahuku ditepuk oleh
seseorang.Rupa-rupanya orang itu adalah ayahku.”Nak,waktu sudah senja ni.Mari
kita balik rumah sekarang .Takut-takut nanti kita tertinggal solat fardu
maghrib berjemaah di masjid.”Suara ayah begitu lembut di gegendang
telingaku.Aku pun menjawab”Baiklah ayah,mari kita balik”Aku pulang dari situ
dengan berazam supaya tidak melakukan dosa-dosaku yag dulu.In Shaa Allah.
(SHARULZULIZAM BIN KASSIM, 6BB PRA U SMK TPDPH NORMAH 2014)
Sebarang komen dialu-alukan namun biarlah bersopan.
No comments:
Post a Comment