14 August 2014

Petunjuk dalam Mimpi


Aku tertidur pada pukul 2 petang setelah aku pulang dari sekolah. Badan aku terasa amat letih dan penat.Selang beberapa minit,aku merasakan angin meniup lembut dan aku membuka mata dan aku berada di hadapan masjid.Aku terdengar seruan azan,waktu pun sudah senja dan aku merasakan aku hendak menunaikan solat.Aku mengambil air wuduk sembahyang.Kemudian ,aku pun masuk ke dalam masjid dan hanya bilal seorang sahaja di dalam masjid itu.Bilal itu memakai pakaian putih berseri dan suaranya merdu bila melaungkan azan.Setelah azan dilaungkan,aku solat sunat 2 rakaat.Setelah selesai menunaikan solat sunat,bilal tadi mengiqamat.Aku melihat tiada orang lain di dalam masjid kecuali aku dan bilal itu.Bilal itu pun memnyuruh saya untuk menjadi Imam dengan kepalanya ditunduk kebawah.Aku pun mengImamkan solat fardu.Setelah selesai membaca doa, aku pun menoleh kebelakang untuk bersalaman dengan bilal itu tadi.Tetapi,aku terkejut dan mengucap kerana bilal tadi telah hilang dari pandanganku.Aku berbisik dalam hati ‘kemanakah  bilal itu pergi?’
Aku pun keluar dari masjid dan keadaan sekeliling sungguh sunyi dan aku pun lalu pergi kemana-mana yang dituju.Suatu masa, aku pun sampai ke satu tempat yang tidak pernah aku pergi iaitu padang pasir yang tiada tumbuhannya dan cuaca panas.Aku merasa pelik kenapa tiba-tiba waktu seakan siang.Aku pun pergi ke arah timur tetapi tidak menemui sebarang penempatan,dan aku pergi ke arah barat tetapi tidak menemui sebarang pergunungan,dan aku pergi ke selatan tetapi aku tidak menemui sebarang hidupan,dan aku terfikir yang aku hendak pergi ke utara di mana arah yang aku belum tujui.Aku pun meneruskan perjalanan ke arah utara.Aku berhenti sepanjang perjalananku sebanyak 7 kali kerana aku berasa letih.Sepanjang perjalanan itu,aku tidak merasa lapar dan haus tetapi aku hanya berasa letih.Selepas 7 perhentian,aku pun sampai di sebuah perkampungan yang indah suasananya.Dan aku terlihat sebuah kubah yang besar berwarna hitam.Aku pun mendekatkan diri dengan kubah itu dan aku bertanya dengan seorang penduduk disitu yang berserban dan berjubah putih.’Apakah kubah hitam yang besar ini?’saya bertanya dengan orang itu.Orang itu menjawab ‘Kubah hitam ini adalah Baitullah,Orang itu menambah lagi,inilah rumah Allah,yang telah dibina oleh dua orang Nabi.”
Aku terdengar bilal melaungkan azan di atas Baitullah dan aku pun solat sunat dengan dihadapan Baitullah.Setelah selesai menunaikan solat sunat,aku dan penduduk disitu pun menunaikan solat berjemaah yang diImamkan oleh seorang yang berusia dan berbadan besar dan berpakaian putih suci dan berserban.Selesai menunaikan solat berjemaah,aku pun duduk dan dan berselawat dan berzikir.Beberapa saat selepas itu,Imam telah menegur aku dan menanyakan kepadaku ‘Siapakah kamu?’,aku pun menjawab,’aku seorang perantau dari nun jauh di sana.’Imam itu bertanya lagi kepadaku ‘di manakah tempat tinggalmu sekarang?’ lalu aku menjawab ‘aku tiada tempat tinggal’.Lagi Imam itu menyoal aku, ‘tinggallah dirumahku’.Aku pun menjawab ‘tidak mengapa saudaraku,aku tidak mahu menyusahkan saudara.’.
Imam itu berkata lagi “tinggallah dirumahku,saudara tidak menyusahkan aku,kita sebagai umat Islam harus membantu antara satu sama lain.’ Aku pun membalas kataku, “terima kasih saudaraku,aku akan tinggal dirumah saudara,tetapi tidak melebihi 3 hari.” Aku pun berdoa ‘Semoga Allah memberkati saudara yang membantu aku ini.’


Aku pun sampai dirumah Imam,Imam mempunyai dua orang anak lelaki.Aku pun telah dihidangkan makanan dan minuman yang disediakan oleh isteri Imam.Setelah selesai menjamu selera,aku pun duduk di luar rumah dan terfikirkan tentang perjalananku tadi.Aku terfikir mengapakah aku tidak berasa lapar dan aku hanya berasa letih.Imam pun duduk di sebelah aku dan bertanya kepada aku ‘apa yang kamu fikir saudaraku’ lalu aku menjawab ‘aku terfikirkan sesuatu yang aneh ketika aku dalam perjalanan’. ‘Apa yang aneh ketika saudara dalam perjalanan itu’ Imam itu menyoal.Aku pun menjawab ‘Ketika aku dalam perjalanan,aku berasa tidak lapar dan hanya berasa letih,perjalananku terdapat 7 perhentian.itulah yang aneh.’ Imam itu pun berkata kepadaku maksud peristiwa dalam perjalananku iaitu perjalananku merupakan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai rahmat yang diberi Allah kepada hamba yang dikehendakiNya.Aku pun terfikir apa yang aku lalui dalam perjalanan ini adalah balasan atas amal soleh yang ku lakukan.Aku mengucap ‘Alhamdulillah’ sebanyak tiga kali.Tidak lama kemudian,aku terlihat sinaran putih yang menyinarkan pandanganku,dan aku membuka mataku dan terbangun dari tidur.Aku berbisik dalam hati ‘Apakah petunjuk mimpi yang aku alami ini?’. Aku terfikir lagi, “adakah mimpi ini petunjuk Allah kepadaku?". "Subhanallah,Allahu akbar Allahu akbar",ucapan yang keluar dari bibirku.Sejak dari peristiwa mimpi itu,aku pun kuat melakukan ibadat,walaupun ibadat sunat.Dalam ingatan aku,aku ingin menambah keimananku untuk bekalan akhirat kelak.Aku menyimpan kata-kataku sendiri dalam diriku iaitu 'Kehidupan di dunia hanya sementara,Kehidupan abadi adalah di akhirat.'.Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Allahuakbar.

(ADI SYUKRI BIN SALLEH, 6BB PRA U SMK TPDPH NORMAH 2014)

Sebarang komen dialu-alukan namun biarlah bersopan.

No comments: